aurat kita adalah maruah kita


Tujuan sebenar hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita kadang-kadang lupa pada pencipta apabila dikurniakan nikmat. Jangan sangka nikmat yang diberikan itu berpanjangan, kerana bila2 masa saja akan ditarik. Apabila ditarik keseronokan yang selama ini diberi barulah kita mula mencarinya. Begitulah kehidupan manusia yang sentiasa melakukan kesilapan tetapi ruang untuk bertaubat sentiasa terbuka. Seteruk mana pun kesalahan yang dilakukan masih ada lagi ruang untuk memperbaiki diri.
Firman Allah dalam surah Al-Mulk Ayat 2 yang bermaksud :
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan ia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi maha pengampun, (bagi orang2 yang bertaubat)."
Oleh yang demikian tetapkanlah hala tuju. Tahu tanggungjawab dan keutamaan kita. Jangan habiskan masa dengan perbuatan yang sia2.. Bersedialah untuk berubah kerana Allah. Kita sebenarnya sudah memilih landasan yang betul sebagai panduan, cuma yang membezakan adalah sejauh mana kita boleh menggunakan panduan tersebut untuk kekal berada dijalan yang benar.InsyaAllah...Amin Ya Rab